Breaking News

Bisnes Internet

5 Kelebihan Pemasaran SMS


SMS ? Takkan anda tak tahu kan. Sebelum datangnya applikasi messenger seperti WhatsApp, We Chat, LINE, Viber dan seumpamanya... SMS atau Short Message System atau dalam bahasa melayu dipanggil sebagai Sistem Pesanan Ringkas sangat popular suatu ketika dahulu.

Pada hakikatnya kini walaupun wujud pelbagai applikasi seperti yang disebutkan di atas, sms tetap menjadi keutamaan untuk membaca mesej yang kebiasaanya kita anggap penting.

Ramai yang TIDAK mengetahui rahsia pemasaran SMS yang mungkin pernah didedahkan kepada anda sebelum ini. Berikut adalah 5 kelebihan pesanan sms yang perlu para usahawan seperti anda tahu.

1- Kadar Kecepatan Mesej di Terima

Mesej yang diterima dalam sistem SMS kurang 7 saat. Pelanggan ataupun bakal pelanggan anda TIDAK PERLU menunggu terlalu lama untuk mendapat mesej dari anda.


2- Kadar Mesej Dibaca Tinggi

Mesej SMS yang diterima sangat tinggi kadar mesej akan di baca. Kebiasaanya para pengguna handphone membuka mesej sms terlebih dahulu daripada sistem yang lain. SMS mempunyai kadar mesej dibaca yang cukup tinggi.


3- Tiada Spam Mesej

Anda pasti TIDAK PERNAH mendapat notifikasi mesej SMS yang diterima dalam kotak Spam, betul tak ? Berbanding email yang kita terima, potensi mesej email yang kita hantar boleh termasuk dalam spam box pelanggan ataupun bakal pelanggan.

Jadi melalui kaedah pemasaran sms, sesiapa sahaja yang menghantar  mesej anda akan tetap terima seperti mesej-mesej yang dihantar oleh ahli keluarga dan sahabat handai kita.


4- Mesej Pendek

Zaman sekarang, kebanyakan manusia suka terburu-buru dalam banyak perkara termasuk perkara membaca mesej sms. Melalui kaedah pemasaran sms, mesej yang dihantar mudah untuk kita fahami dan masa membaca juga singkat.

Bilangan karakter sms yang ditetapkan adalah sebanyak 160 karakter membuatkan mesej kita perlu padat dan mudah difahami.


5- Potensi Pasaran Yang Tiada Batasan

Melalui kaedah pemasaran sms, potensi pasaran sangat luas dan TIADA BATASAN. Ini kerana seluruh negara di dunia ini mempunyai jumlah pengguna handphone yang tinggi.

Di Malaysia sahaja pengguna handphone terdapat lebih kurang 41 juta pengguna yang mana ia telah melebihi hampir separuh bilangan rakyat Malaysia yang berdaftar iaitu sebanyak 24 juta rakyat Malaysia.

Jadi anda sebagai usahawan mempunyai peluang mendapat pasaran yang sangat luas di seluruh dunia.

Anda Nak Tahu Cara Mengautomasikan Sistem SMS Seperti Autoresponder ?


Peluang seperti ni sangat jarang dikongsikan dan yang penting cara yang saya dedahkan ini adalah lebih ekonomi. Al-maklumlah zaman sekarang ni, semuanya naik dan takkan turun harga. Sekarang adalah masa untuk melakukan langkah pro-aktif untuk bisnes anda.

Apa yang saya nak kongsikan kepada anda satu sistem pemasaran yang menggunakan SMS yang dijangka bakal meletop pada tahun 2017. Ia terhasil dari cetusan idea daripada seorang usahawan yang berasal dari Ipoh, Perak bernama Boon Lee. Beliau telah mewujudkan satu peluang untuk anda sebagai usahawan khasnya mempraktikkan teknik pemasaran sms sebagai cara alternatif.

Apa yang penting sistem yang bakal didedahkan oleh beliau adalah cara yang paling mudah dan ringkas. Sesiapa sahaja boleh menggunakannya.

Saya telah pun membeli panduan dan perisian yang dikongsikan oleh beliau seperti yang telah diterangkan secara lengkap di www.niagasms.com.

Insyaallah saya akan kupaskan lebih dalam setelah saya mempraktikkan teknik pemasaran sms beliau ini pada post yang akan datang.

No comments

Sila lontarkan komentar anda. Terima kasih.

adv/https://www.klikjer.com/members/idevaffiliate.php?id=1827_62_1_282|https://3.bp.blogspot.com/-rLvmbvTL7so/WdFIS_xMgjI/AAAAAAAAFbU/MkbTaxbOzrcH_o-b-KWIA_Iv1Ju7hdXpgCLcBGAs/s1600/fanpage-superstar.png

Random Posts

randomposts

Like Us

fb/https://www.facebook.com/azeriebiz